| BERITA TERKINI | Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM | |
Terdapat 2938 berita berdasarkan kata kunci carian " tempoh"
Haier Malaysia Rai Festival Global Fans Ketujuh Melalui Jerayawara Interaktif
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Peneraju global dalam penyelesaian kehidupan pintar dan transformasi digital, Haier Group hari ini memulakan Festival Haier Global Fans ketujuh melalui jerayawara interaktif selama lima hari di Pavilion Bukit Jalil.
Untung Bersih Scientex Suku Pertama Naik 11.1 Peratus Kepada RM142.91 Juta
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd meningkat sebanyak 11.1 peratus kepada RM142.91 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Okt, 2025 daripada RM128.61 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Untung Bersih Suku Pertama Top Glove Melonjak Kepada RM38.58 Juta Berikutan Jualan Kukuh
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM38.58 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM5.47 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Kabinet Baharu: FMM Harap Kesinambungan, Kestabilan Dasar
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharapkan kepada kesinambungan dan kestabilan dasar susulan pengumuman Kabinet baharu semalam.
Ringgit Mengukuh Kepada Paras 4.07 Berbanding Dolar AS, Dipacu Sentimen Lebih Baik
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgi mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka pada Rabu, mengekalkan momentum positif apabila diniagakan pada paras 4.07, prestasi tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun, dipacu sentimen domestik dan luaran yang lebih baik.
Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Pada 2025 Didorong Pengecualian Tarif AS
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.
Ringgit Kekal Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Selasa, ditutup pada paras 4.08 berbanding dolar AS menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.
Amanah Besar Pimpin MITI Harungi Cabaran Ekonomi Global - Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan pelantikan untuk menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai satu amanah yang besar.
Negeri Sembilan Lancar Bandar Pembuatan AI Fotonik Bernilai US$20 Bilion
SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.
MITTA, MOTAC Tingkat Usaha Bendung Pengendali Pelancongan Haram
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan India Malaysia (MITTA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meningkatkan usaha untuk membendung pengendali pelancongan haram dan tidak berlesen susulan peningkatan aktiviti tersebut.
Spring Airlines Lancar Penerbangan Harian Shanghai-Pulau Pinang Bermula 30 Jan
GEORGE TOWN, 16 Dis (Bernama) -- Spring Airlines akan memulakan penerbangan harian antara Shanghai dan Pulau Pinang bermula 30 Jan 2026 sekali gus mengukuhkan lagi kesalinghubungan udara di antara China dan Malaysia.