Terdapat 712 berita berdasarkan kata kunci carian " minat"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Aktiviti Pembelian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis mengakhiri penurunan selama dua harinya seiring dengan kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini. 

Harga Kediaman Di Johor Bahru Meningkat Selepas Pelancaran JS-SEZ - JLL Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Harga hartanah kediaman di Johor Bahru telah melonjak pada suku kedua 2025 (S2 2025), didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih kukuh untuk hartanah mewah berikutan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Jejaki Petunjuk Dari Wall Street

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Khamis didorong minat belian yang muncul, menjejaki petunjuk daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

Juwai IQI Unjur Pelaburan China Berjumlah Kira-Kira RM30 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Juwai IQI mengunjurkan Malaysia akan menerima aliran masuk pelaburan China berjumlah sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini yang menumpu terutamanya kepada sektor komponen bateri dan solar.

MBSB IB Kekal Optimis Terhadap Sektor Hartanah Dengan Pemangkin Di Johor

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) kekal optimis terhadap sektor hartanah berdasarkan minat belian yang baik pada separuh kedua 2025 dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan Rapid Transit System Johor Bahru-Singapura terus menjadi pemangkin kepada sektor tersebut.

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama)  -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Rabu berikutan prestasi semalaman Wall Street.

MATRADE Raih Prospek Perdagangan Lebih RM120 Juta Di Pameran Import Korea 2025

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mencatatkan prospek perdagangan melebihi RM120 juta melalui penyertaan pertama Malaysia pada Pameran Import Korea (KIF) 2025 pada 7 hingga 9 Julai 2025.

Penurunan OPR Lonjak Keyakinan Pembeli - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini boleh mewujudkan persekitaran pinjaman yang lebih menggalakkan dan mengukuhkan keyakinan pembeli hartanah, menurut Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat sedikit, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pasaran Minyak Masak Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kenaikan harga minyak sawit olein dan minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian (DCE), China.