1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menangani landskap cukai yang berkembang, mengoptimumkan prestasi kewangan mereka dan memperoleh kelebihan daya saing dengan memanfaatkan secara strategik langkah yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2025 untuk sektor itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
BARCELONA, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept 2025.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini apabila belian pada saat-saat akhir mendorong indeks petunjuk utama mencapai paras tertinggi harian berikutan jangkaan pasaran bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat esok.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Seorang Ahli Dewan Rakyat mencadangkan agar kerajaan menjadikan ekonomi hijau sebagai antara agenda utama ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Funding Societies memperoleh kemudahan kredit ketiga daripada HSBC di bawah Dana Pertumbuhan ASEAN sekali gus meningkatkan kemudahan kreditnya daripada bank tersebut kepada lebih US$100 juta (RM436 juta).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat komoditi pertanian global, Agrocorp International dan Megmilk Snow Brand menjalin kerjasama untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran protein mesra alam, Agro Snow, di Johor Bahru, Johor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Sektor perkhidmatan dan peralatan minyak (OGSE) perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024, mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melihat kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat (AS) sebagai peluang kepada industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali bahagian pasaran di AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global, kata Bank Negara Malaysia (BNM).