1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi kebimbangan terhadap permintaan yang lemah serta unjuran pengeluaran yang dijangka meningkat dalam minggu-minggu terdekat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu kepada RM234.17 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025, meningkat daripada RM183.18 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ketika mengakhiri dagangan hari ini, didorong oleh penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan AS Christopher Waller yang lebih memihak untuk mengurangkan kadar faedah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sarawak Oil Palms Bhd (SOPB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 susut kepada RM110.95 juta daripada RM121.80 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pengilang serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd (Polymer Link) merancang untuk membangunkan sebuah gudang baharu di Australia, susulan penampilan sulungnya di Pasaran ACE, bertujuan memacu prestasi serantau kumpulan itu sebaik sahaja ia mula beroperasi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa, tinggi sedikit dalam dagangan awal dalam persekitaran optimisme, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan harga minyak kacang soya yang lemah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semico Capital Bhd memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.