Terdapat 779 berita berdasarkan kata kunci carian " rumah"

Sektor Pengguna Malaysia Kekal Berdaya Tahan Berikutan Asas-asas Yang Kukuh - MBSB

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh fundamental makroekonomi yang kukuh, langkah-langkah dasar dan pemacu pertumbuhan struktur, kata MBSB Investment Bank.

Malaysia Lihat ASEAN Sebagai Rantau Pertumbuhan Strategik Dalam Cabaran Global - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia melihat ASEAN sebagai rantau berpotensi besar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dan bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan yang dinamik dalam keadaan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jualan Merdeka Dijangka Pacu Pertumbuhan TIV Automotif Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka.

Tengku Zafrul Ulangi Perbezaan Antara Pelaburan Diluluskan MIDA Dan FDI DoSM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa angka pelaburan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merujuk secara khusus kepada cadangan pelaburan yang telah diluluskan.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Melonjak 22 Peratus Kepada RM153 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Dis 2025 melonjak sebanyak 22.1 peratus kepada RM153.21 juta berbanding RM125.53 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.

SST Lebih Progresif Berbanding GST, Fokus Agihan Beban Cukai Secara Adil -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) – Kerajaan memilih untuk mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan peluasan skop setelah mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua sistem percukaian kepenggunaan SST dan juga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

CelcomDigi Catat Untung Bersih RM439 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 sebanyak RM438.94 juta daripada RM406.02 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Firma Penyelidikan Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Kepada 4.2-4.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.2 peratus dan 4.3 peratus berikutan pengembangannya sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 (S2 2025).

SIC Rangka Pengembangan Jangka Panjang Selepas Kembali Catat Keuntungan – CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Selepas mengharungi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini merangka hala tuju pertumbuhan baharu yang berpaksikan pemanfaatan tanah, pelaburan strategik dan pengembangan tawaran komersial.

Pengunaan Platform Digital Perluas Aktiviti Kewangan Mikro Sejak Pandemik COVID-19 - Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Penggunaan platform digital bukan sahaja dapat mengekalkan operasi kewangan mikro malah juga mengembangkannya sejak pandemik COVID-19, kata Pengasas Grameen Bank, Prof Dr Muhammad Yunus.

Sidang Kemuncak Global Usahawan Dan Profesional Tamil Buka Peluang Pelaburan Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 15 Ogos (Bernama) — Penganjuran Sidang Kemuncak Global Usahawan dan Profesional Tamil ke-15 di Pulau Pinang mampu membuka peluang besar untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan strategik serta menjadi platform mempertemukan para usahawan.

RHB IB Kekalkan Unjuran KDNK Malaysia Pada 4.2 Peratus, Dengan Potensi Meningkat 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2025 pada kadar 4.2 peratus dengan potensi peningkatan sehingga 4.4 peratus.