BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 2886 berita berdasarkan kata kunci carian " 2024"

Laporan Suku Ketiga MITI: Eksport Kukuh, Pelaburan Digital Catat Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang kukuh, dengan eksport dan pelaburan digital masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif berlandaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Tarif AS Tidak Jejas Kos Input Ladang Sawit Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak memberi kesan kepada kos input ladang sawit di Malaysia.

Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan Catat Jualan Tahunan RM39.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM39.5 bilion pada 2024, peningkatan 20 peratus berbanding 2023.

Kementerian Kewangan Lantik Ahmad Hizzad Baharuddin Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.

Kutipan Duti Import, Eksais Kenderaan Bermotor Dan Alat Ganti Berjumlah RM26 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan kutipan duti import dan duti eksais bagi kenderaan bermotor serta alat ganti kenderaan bermotor bagi tempoh 2022 hingga 2024 adalah sebanyak RM26.47 bilion, kata Kementerian Kewangan. 

Hong Leong Bank Yakin Ringgit Miliki Kekuatan Asas Kukuh Untuk Teruskan Kenaikan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) yakin ringgit mempunyai kekuatan asas yang mencukupi untuk meneruskan aliran meningkatnya selepas mata wang tempatan itu dibuka pada 4.12 berbanding dolar AS pada Rabu, paras paling kukuhnya sejak 30 September 2024.

Struktur Fi Baharu SC Dijangka Berkuatkuasa 1 Jan 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Indeks Harga Seunit Besi Meningkat 0.6-2.5 Peratus Pada Oktober 2025

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.6 peratus sehingga 2.5 peratus bulan lepas berbanding September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Susut 14.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Dibuka Cecah 4.12 Berbanding Dolar AS, Paras Tertinggi Dalam 13 Bulan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatat pengukuhannya apabila mencecah 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu urus niaga dibuka hari ini, paras tertinggi baharu dalam tempoh lebih 13 bulan susulan kelemahan mata wang negara maju itu berikutan data ekonominya yang lemah.

96 Syarikat Perkilangan Bakal Diiktiraf Kilang Pintar Menjelang Akhir 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Sebanyak 96 syarikat perkilangan dijangka menerima pengiktirafan sebagai kilang pintar menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ketidaktentuan Global Tidak Jejas Peningkatan Eksport Ke Negara Anggota CPTPP, RCEP

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Eksport ke negara-negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkat bagi tempoh Januari sehingga September 2025 dalam suasana perdagangan global yang tidak menentu.