3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB), syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (MSPSB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) bernilai RM380 juta dengan syarikat kerajaan negeri Sarawak, Syarikat SESCO Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mencatat penurunan kecil, menjejaki prestasi Wall Street selepas lonjakan saham-saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini mulai mereda.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu berikutan kemerosotan Wall Street kerana pelabur meneliti komen daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang mencadangkan ekuiti AS mungkin terlebih nilai.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menandatangani perjanjian rangka kerja pelaburan bersama dengan Brookfield CTF Asia Holdings Pte Ltd (BF) untuk membangunkan, membina dan mengoperasi projek solar berskala utiliti dan penstoran tenaga bateri 1.5 gigawatt (GW) di Malaysia.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima Surat Aku Janji daripada 13 pemaju projek di bawah Program LSS PETRA 5+ (Solar Berskala Besar - Peralihan Tenaga SuRiA Pusingan Kelima Tambahan) yang berjaya dalam proses bidaan terbuka dikendalikan Suruhanjaya Tenaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) dan Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) menerusi satu konsortium, telah memperoleh surat notifikasi daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (EC) untuk membangunkan loji fotovoltaik solar berskala besar (LSS) arus ulang alik (MWa.c.) 470 megawatt di Perak.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks komposit Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti-aktiviti memburu saham wajaran tinggi dalam kaunter kewangan, produk pengguna serta telekomunikasi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah yang diterajui oleh kaunter perbankan, utiliti dan penjagaan kesihatan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menerima kenaikan penarafan daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) bagi penarafan jangka panjang program nota jangka sederhana Islam/nota komersial Islam bernilai RM1 bilion (2023/2053) iaitu daripada A1 kepada AA3.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan (MOF), telah memperoleh tiga juta saham biasa Solarvest Holdings Bhd, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.08 peratus.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd, HSS Engineering Sdn Bhd dan Shizen Malaysia Sdn Bhd telah membentuk perkongsian tenaga boleh baharu (RE) bagi melaksanakan kemudahan fotovoltan solar berkapasiti 29.99mWAC yang terletak di Gurun, Kedah dengan pelaburan sebanyak RM142 juta.