Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian "mohamad sabu"

PM Anwar Sampaikan Ucaptama Di KazanForum, Kemuncak Lawatan Rasmi Pada Hari Terakhir Di Rusia

KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bertemakan digitalisasi pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025), sekali gus merupakan acara kemuncak, memasuki hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Persekutuan Rusia.

Republik Tatarstan Miliki Potensi Besar Untuk Diterokai, Malaysia Sedia Perkukuh Hubungan Dua Hala - PM Anwar

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

KAZAN (Tatarstan) 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan.

PM Anwar Hadiri Mesyuarat Meja Bulat Bersama Pemain Industri Rusia

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan rasmi hari keduanya ke Rusia dengan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama para pemimpin industri Persekutuan Rusia.

Malaysia, Rusia Akan Teroka Cara Lonjakkan Perdagangan, Pelaburan

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

MOSCOW, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia akan meneroka cara untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan selain kelancaran transaksi yang bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelarasan Harga Lantai Belian Padi Bantu Pesawah Serap Kos, Tambah Pendapatan - MADA

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pelarasan harga lantai belian padi bukan sahaja berita gembira kepada pesawah, malah ia dapat membantu golongan itu menyerap kenaikan kos pengeluaran padi, seterusnya menambah pendapatan.

Melewar Industrial, RusGrain Union Meterai MoU Untuk Perkukuhkan Sektor Makanan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Melewar Industrial Group Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kesatuan Pengeksport Bijirin Rusia (RusGrain Union) untuk mendapatkan bekalan bijirin bagi tempoh jangka panjang sebagai respons kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan sektor keselamatan makanan negara.