Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian "indeks harga pengeluar"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh laporan data pekerjaan negara maju itu yang lemah dan berpotensi menyaksikan penurunan kadar faedah utamanya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Data NFP AS Hambar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila dolar AS melemah susulan laporan pasaran buruh AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas tidak memberangsangkan.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept  (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil  dengan kecenderungan menaik sedikit pada minggu depan ketika para pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tuju pasaran.

IHPR Malaysia Catat Penurunan Perlahan 3.8 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan penurunan yang lebih perlahan sebanyak 3.8 peratus pada Julai 2025 berbanding kemerosotan 4.2 peratus dalam bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FMOC) AS lewat malam ini. 

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Pendedahan Minit-Minit Mesyuarat FOMC Minggu Ini

KUALA LUMPUR, `18 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini menjelang pendedahan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dalam minggu ini.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Dolar AS Terus Melemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kelemahan berterusan dolar AS susulan Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS lebih tinggi daripada jangkaan pada Julai gagal memberikan sokongan berkekalan kepada mata wang itu.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dalam persekitaran sentimen pelabur berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini dan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Empat Bulan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan selama tujuh sesi berturut-turut dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Bursa Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.

Semakan Unjuran Pertumbuhan KDNK Cerminkan Realiti Ekonomi Malaysia - Ahli Ekonomi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Semakan terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah jangkaan yang realistik dan seiring dengan potensi pertumbuhan asas ekonomi negara, kata ahli ekonomi Profesor Geoffrey Williams.