13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.71 peratus atau 38,900 tan, kepada 2.30 juta tan pada April 2026 daripada 2.27 juta sebulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Institut Jurutera Malaysia (IEM) telah mengeluarkan Laporan Tinjauan Impak Kejuruteraan bagi menangani impak krisis bekalan global susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat baru-baru ini.
16hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
19hari ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) masih berjalan seperti dirancang, dengan nilai komitmen kekal pada RM2.94 bilion walaupun wujud kebimbangan mengenai potensi kenaikan kos susulan krisis bekalan global.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu dalam berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku kedua berakhir 31 Mac, 2026 kepada RM96.27 juta berbanding RM140.33 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
24hari ago
GEORGE TOWN, 30 April (Bernama) -- Pulau Pinang masih tidak memerlukan penyediaan belanjawan tambahan memandangkan kedudukan kewangannya masih kukuh ketika ini meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar, seumpama BUDI95, bagi Sabah dan Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kerajaan bukan sekadar menumpukan kepada penstabilan harga, malah memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin, kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak serta daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Biodiesel perlu dilihat sebagai penampan tambahan kepada keselamatan tenaga berbanding lindung nilai yang kekal atau menyeluruh terhadap risiko diesel import, menurut CIMB Securities.