GDA Peroleh 84.1 Peratus Saham MAHB Setakat 8 Jan 2025
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, Konsortium) telah menerima penerimaan tawaran sah sebanyak 1.40 bilion saham mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).