Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian " top glove"

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti pembelian saat-saat akhir ke atas saham wajaran tinggi terpilih yang digabungkan dengan prestasi pasaran serantau lebih kukuh sehingga meningkatkan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Kekal Dalam Mod Penyatuan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari, dipernagaruhi oleh jualan berterusan selepas pelabur mengalihkan fokus mereka kepada kemungkinan berlaku penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari China.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street berikutan sentimen berhati-hati susulan data ekonomi AS yang lemah dan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas sektor semikonduktor dan farmaseutikal.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Intra Hari Susulan Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah menerusi saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi kukuh pasaran serantau.

Minat Belian Kukuh Dorong Bursa Lebih Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Sesi pagi Bursa Malaysia ditutup dengan kenaikan, disokong oleh minat belian yang semakin rancak susulan pengumuman Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dengan sentimen pasaran turut dipengaruhi pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan pelabur terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan impak daripada perang tarif Presiden AS Donald Trump.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Laporan Tarif AS Lebih Rendah Ke Atas Import Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat daripada penurunan selama dua hari untuk dibuka tinggi pada Jumaat, disokong oleh sentimen yang bertambah baik susulan langkah Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif ke atas import dari Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari Walaupun Optimis Terhadap RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Kebimbangan Berkaitan Tarif AS Seret FBM KLCI Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menongkah aliran meningkat pasaran serantau berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati susulan kebimbangan terkini terhadap tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Sesi Dagangan Pagi Berikutan Penjualan Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Julai  (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, berikutan penjualan sederhana di kaunter berwajaran tinggi didahului sektor kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam kaunter kewangan dan telekomunikasi terpilih yang mengehadkan peningkatan.