Untung Operasi IOI Corp Tetap Stabil Walaupun Ketidaktentuan Subsegmen Hiliran
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan operasi IOI Corp Bhd kekal stabil sewaktu ketidaktentuan dalam subsegmen hiliran, dipacu oleh kos pengeluaran yang rendah dalam kalangan syarikat pesaingnya iaitu sekitar RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).