13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
13hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi penentuan garis pemisah yang sesuai antara golongan yang wajar menerima subsidi petrol dan mereka yang boleh dikeluarkan daripada sistem subsidi berkenaan dalam usaha melaksanakan mekanisme subsidi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan disarankan untuk melaksanakan subsidi bersasar secara lebih menyeluruh termasuk meneliti semula pemberian subsidi petrol RON95 kepada golongan T20, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kumpulan MISC (MISC) mengumumkan penamaan dua kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) generasi baharu, Seri Dian dan Seri Dayang, sekali gus memperkukuh kerjasama jangka panjangnya dengan Seariver Maritime LLC (SRM), anak syarikat milik penuh ExxonMobil.
15hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutan konflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesat sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.
18hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik minat syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer, untuk meneroka peluang di Malaysia, termasuk menubuhkan operasi pemasangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mengeluarkan surat lantikan kepada MISC Bhd untuk pembekalan, operasi dan penyelenggaraan Unit Penyimpanan dan Pengegasan Semula Terapung (FSRU) baharu bagi Terminal Pengegasan Semula Ketiga (RGT-3) di Lumut, Perak.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.
22hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam mod jajaran kecil dengan kecenderungan berhati-hati antara paras 1,700 hingga 1,730 minggu depan.