Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " pesara"

Pesara Perlu Peruntuk Sedikit Simpanan Dalam Pelaburan Jana Hasil Pulangan Tinggi - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pesara harus mengalihkan sebahagian kecil daripada simpanan mereka ke dalam instrument pasaran modal yang boleh memberi hasil lebih tinggi untuk meningkatkan kecukupan persaraan mereka dan bukan sebaliknya memegang tunai di tangan.

Dividen KWSP Tinggi Kuatkan Keyakinan Terhadap Pasaran Modal Malaysia, Pelaburan – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.

Jana Masa Depan Malaysia, 60 Peratus Keuntungan Disalurkan Kembali Kepada Rakyat - TNB

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga Malaysia susulan pengumuman prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun 2024. Apa yang lebih penting lagi, kejayaan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.

Agrobank, ATM Jalin Kerjasama Dalam Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Agrobank menjalin nota kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM. 

BMI Semak Naik Unjuran Pertumbuhan Perbelanjaan Kesihatan Kepada 8.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028, berbanding unjuran awal pada 8.3 peratus.

GLIC Tegaskan Komitmen Sokong Kerangka Ekonomi Madani, Pacu Pertumbuhan

JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.

Strategi Pelaburan Baharu LTAT Jana Pertumbuhan, Sokong Komitmen Persaraan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perjanjian jual beli (SPA) ditandatangani Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sejajar dengan strategi pelaburan semula jangka masa panjangnya, menekankan peningkatan pulangan dan memastikan pertumbuhan kewangan yang mampan, kata pakar ekonomi Prof Dr Geoffrey Williams.