Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan bersih"

KWAP Catat Pendapatan Pelaburan Sebanyak RM180 Bln Pada 2024

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) --  Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak RM18.0 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.

Hasil Dividen Public Bank Dijangka Meningkat Mulai Tahun Ini -- CIMB Securities 

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hasil dividen Public Bank Bhd (PBB) dijangka meningkat melebihi 5.0 peratus mulai tahun ini walaupun harga sahamnya tidak berubah, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Suram Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin yang turut mencerminkan prestasi lemah pasaran global susulan aktiviti jualan ketara di Wall Street serta sentimen negatif yang berlanjutan berkaitan pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) berikutan rancangan tarif Presiden Donald Trump.

Saham CapitaLand Malaysia Trust Naik Selepas Catat Keuntungan Lebih Tinggi Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Harga saham CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) di Bursa Malaysia meningkat sedikit pada awal dagangan selepas mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 berbanding RM163.66 juta setahun lalu.

Belian Saat-saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Dalam Zon Positif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.

Untung Bersih Suku Ketiga Bank Islam Susut Kepada RM130.437 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) susut kepada RM130.437 juta daripada RM140.541 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

KIP REIT Peroleh Kelulusan RM320 Juta Beli DPulze

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk mengambil alih Pusat Membeli Belah DPulze di Cyberjaya pada harga RM320 juta.