5hari ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.
5hari ago
JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Limpahan pembangunan ekonomi di Johor akan terus dirasai secara menyeluruh di kesemua 10 daerah di negeri ini menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan pasaran kewangan kekal teratur dan sistem kewangan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global melalui pemantauan pasaran yang berterusan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia menghadapi ketidakpastian persekitaran global dengan mengimbangi daya tahan dan penciptaan semula perniagaan, selain berusaha merebut peluang serantau, kata Rakan Kongsi Pengurusan PwC Malaysia, Soo Hoo Khoon Yen.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan Kerangka Insentif Baharu (NIF) yang bermula pada 1 Mac lepas akan memastikan kemasukan pelaburan berkualiti tinggi bagi menyokong transformasi ekonomi ke arah berpendapatan tinggi dan berasaskan inovasi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai pengeluar minyak dan pendapatan yang dijana daripada sektor itu membantu kerajaan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pelabur digesa mempelbagaikan portfolio dan mempertimbangkan peralihan kepada pelaburan berisiko rendah dan berkualiti tinggi semasa tempoh ketidaktentuan yang disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asia School of Business Prof Joseph Cherian.
6hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia sedang menilai semula tambang dan pelan operasi berikutan kenaikan harga bahan api jet akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat mula memberi kesan kepada seluruh industri penerbangan, dengan beberapa syarikat penerbangan telah memperkenalkan pelarasan caj tambahan bahan api.
6hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula ketika mengakhiri dagangan Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras psikologi 1,700, didorong oleh pemulihan sentimen global.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2025 berjumlah RM8.4 bilion.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) optimis terhadap Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026–2030 dengan menyifatkan pelan tindakan berkenaan berpotensi meningkatkan kerancakan pasaran modal Malaysia.