17hari ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal kesan terhadap kos sara hidup serta memastikan ekonomi domestik terus berfungsi dengan baik susulan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global.
18hari ago
SEREMBAN, 11 Mac (Bernama) -- Negeri Sembilan mencatatkan prestasi pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negeri ini apabila merekodkan jumlah sebanyak RM19.1 bilion pada tahun lepas sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak RM10 bilion.
18hari ago
ISKANDAR PUTERI, 11 Mac (Bernama) -- Tiga pihak iaitu Computility Technology (Malaysia) Sdn Bhd (CTDC), BGMC Energy Holdings Sdn Bhd (BGMC) dan reNIKOLA Holdings Sdn Bhd memeterai dokumen kertas terma strategik bagi membentuk pakatan tenaga hijau bagi pembekalan kira-kira 630,000 megawatt jam (MWh) tenaga boleh baharu (TBB) setahun.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) telah memperoleh kontrak bernilai RM148.42 juta daripada JLG Technopark Sdn Bhd untuk cadangan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja tanah dan infrastruktur utama untuk Pakej 1B di Southern Ibrahim Technopolis (IBTEC) di Kulai, Johor.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- 2025 merupakan tahun terbaik Johor selepas ia mencatatkan pertumbuhan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kejayaan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Golden Destinations Group Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd (UOBKH) untuk tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
23hari ago
JOHOR BAHRU, 6 Mac (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM110 bilion pada 2025, menjadikannya rekod tertinggi dalam sejarah negara.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah RM426.7 bilion bagi pelaburan diluluskan dalam 2025 yang juga pencapaian tertinggi pernah diraih, melonjak sebanyak 11 peratus berbanding RM384.4 bilion pada 2024.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara apabila jumlahnya mencecah RM426.7 bilion pada 2025, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal dengan pendirian sebagai negara neutral dan berkecuali dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik global dan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Rivertree STF Synergies Bhd (RSSB) telah menandatangani Perjanjian Utama (HoA) dengan Catenary Capital Sdn Bhd dan Q Centre Management Sdn Bhd (QCM) untuk pembangunan empat kemudahan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) di Lembah Klang.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Sejak dilaksanakan pada 1 Ogos, 2024 sehingga kini, sebanyak 204,928 peniaga telah mengemukakan e-Invois yang melibatkan pengeluaran lebih satu bilion e-Invois secara keseluruhan, jelas Kementerian Kewangan (MOF).