4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur menjadi semakin berhati-hati terhadap risiko susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 berbanding RM2.58 bilion tahun lepas, disokong oleh margin faedah bersih (NIM) lebih baik, pengurusan kos dan kualiti aset berdisiplin dan yuran teras lebih tinggi.
4hari ago
KANGAR, 28 Mei (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang mempergiat pembangunan strategik kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi menarik pelaburan bernilai tinggi sekali gus memperkukuh kedudukan wilayah utara sebagai hab baharu rantaian bekalan global berteraskan strategi China Plus One.
4hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama hari ini, namun susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan berterusan antara AS dan Iran.
5hari ago
JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menyaksikan transformasi drastik landskap luar bandar di negeri ini menerusi penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan ekonomi digital berskala makro bermula dari peringkat akar umbi.
5hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu outlet kepada dua outlet menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas tersebut mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utamanya mencapai rekod tertinggi sebanyak RM1.127 trilion dari Januari hingga April 2026, melepasi paras RM1 trilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), kecekapan operasi dan pengembangan penjagaan ambulatori bagi mengurus peningkatan inflasi perubatan tanpa memindahkan sebahagian besar kos kepada pesakit.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd menjangkakan proses pengambilalihan Labuan Reinsurance (L) Ltd (Labuan Re) dapat diselesaikan menjelang suku keempat 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.