BERITA TERKINI   Airbus mengesahkan AirAsia tempah 150 pesawat A220, satu perjanjian bersejarah untuk model itu. | 

Terdapat 6926 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Dalam Pasaran Minyak Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya, menurut seorang peniaga.

MIDA, AIXTRON Meterai Perjanjian Bina Fasiliti Semikonduktor Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memeterai perjanjian dengan penyedia peralatan enapan bagi industri semikonduktor, AIXTRON SE, bagi membangunkan sebuah kemudahan pengeluaran di tapak baharu di Pulau Pinang.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Unit Serantau

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama dan unit serantau namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Minat Belian Ketara Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Raih 7.66 Mata

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.

MATRADE Jalin Kerjasama Strategik Dengan CBI Netherlands Perkasa Keupayaan Eksport PKS

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan Netherlands, Pusat Penggalakan Import dari Negara Membangun (CBI) untuk mempertingkatkan keupayaan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

MIMOS, Universiti Brunei Darussalam Bekerjasama Majukan Agenda Teknologi Mendalam

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) memeterai kerjasama strategik dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi memajukan agenda teknologi mendalam (deep-tech) Malaysia serta mempercepat pengkomersialan serantau.

Marriott International, Maritime Waterfront Suites Bekerjasama Perkasa Industri Hospitaliti

KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama ) -- Marriott International menjalin kerjasama dengan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd bagi menukar nama tempat peranginan Bertam Resort kepada The Bertam yang akan membuka lembaran baharu sektor hospitaliti di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.

Tenaga, Bahan Mentah Tidak Mendatangkan Risiko Tinggi Kepada Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat bekalan tenaga atau kekurangan bahan mentah tidak mendatangkan risiko tinggi kepada industri semikonduktor pada peringkat ini, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport gas bersih, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Di Sebalik Ketegangan Di Asia Barat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan penurunan di Wall Street berikutan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat sehingga menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.