8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangannya bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan penekanan terhadap pengukuhan peranannya dalam membangunkan negara dan menyokong komuniti, di samping memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sel fotovoltaik (PV) ke India sebanyak 88 peratus atau RM4.65 bilion pada 2024 berbanding RM2.47 bilion pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji semula program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan dijangka mengumumkan skim baharu pada bulan ini, sejajar dengan semakan semula struktur tarif elektrik bagi memastikan pengagihan subsidi lebih adil.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk telah melaporkan keuntungan sebelum cukai disatukan yang belum diaudit sebanyak IDR4.4 trilion bagi separuh pertama 2025 berakhir pada 30 Jun, 2025 (S12025), yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak IDR137.43.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan akuakultur bersepadu, Camaroe Bhd, telah menerima kelulusan dari Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
9bulan ago
KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah menerima pelaburan bernilai RM35.38 bilion melibatkan 420 projek sepanjang 2021 hingga 2024, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
10bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
TIANJIN, 24 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tianjin di China, yang diiktiraf sebagai pelabuhan sifar karbon pertama di dunia, menyasarkan pengembangan laluan kargo ke Asia Tenggara dengan matlamat pengendalian 3.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) bagi meneroka bekalan dan pemasangan panel solar di terminal kargo GTR serta gudang pusat penyelenggaraan peralatan perkhidmatan darat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dasar peralihan tenaga Malaysia perlu disesuaikan dengan realiti negara serta keupayaan tempatan dan bukan sekadar mematuhi tekanan antarabangsa, kata Pengerusi Malakoff Corporation Bhd, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik adalah antara perkara yang kurang difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia — sehinggalah ia terputus.
10bulan ago
MELAKA, 14 Jun (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd bakal membangunkan dua projek hartanah di Melaka melibatkan pembinaan unit kediaman dan premis industri yang dijangka bermula secara berperingkat pada tahun ini.