1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
1bulan ago
Oleh Saraswathi Muniappan
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Lonjakan 35 peratus nilai jenama Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada US$2.3 bilion (US$1 = RM4.22) dalam laporan Energy 100 2025 Brand Finance baru-baru ini menunjukkan keyakinan kukuh pasaran terhadap daya tahan kewangan dan kecekapan operasinya.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 selepas melepasi paras tersebut pada Isnin lepas (25 Ogos).
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat minggu depan, susulan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 4 Sept.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini selepas penurunan pada sesi awal, mendapat sokongan daripada minat belian lewat dan pengumuman pendapatan korporat yang kukuh, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama tiga hari untuk ditutup pada paras terendah harian hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan kukuh baru-baru ini sejajar dengan prestasi kurang menggalakkan di pasaran serantau.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari dagangan ketiga berturut-turut hari ini melepasi paras psikologi 1,600, didorong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
1bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meningkat kepada paras rintangan 1,590 minggu depan, bergantung kepada sentimen risiko global yang menyokong serta kejelasan mengenai trajektori tarif semikonduktor, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan walaupun dalam keadaan dasar perdagangan global yang semakin tidak menentu, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi hambar pasaran serantau, walaupun sentimen adalah positif susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 yang memberangsangkan.