Terdapat 1369 berita berdasarkan kata kunci carian " modal"

Dasar Perketat Import EV CBU Mampu Pacu Pembangunan Ekosistem Tempatan - PEKEMA

Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol

CYBERJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Garis panduan baharu kerajaan yang mengetatkan pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) dilihat mampu mempercepat pembangunan ekosistem EV tempatan, sekali gus memperkukuh peralihan kepada pemasangan tempatan (CKD) dan pemindahan teknologi dalam industri automotif negara.

Pemaju Berimpak Tinggi Akan Terima Sokongan Lebih Kukuh Kerajaan - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pemaju yang melaksanakan projek memberikan pulangan sosial dan alam sekitar yang kukuh serta seiring dengan keutamaan serantau akan menerima sokongan kerajaan yang lebih kuat, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

SC, Bursa Malaysia Cadang Pasaran LEAP 2.0 Bagi Pacu Pembiayaan PMKS

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) hari ini mencadangkan penambahbaikan terhadap Pasaran LEAP Bursa Malaysia.

SIC Kekalkan Kedudukan Premium DEC Walaupun Penggunaan Masih Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengekalkan kedudukan Pusat Pengalaman Memandu (DEC) yang baru siap sebagai fasiliti bertaraf premium walaupun penggunaannya pada peringkat awal masih sederhana.

GX Bank, CGC Digital Tawar Akses Kredit Sehingga RM150,000 Kepada PMKS

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bank digital GX Bank Bhd dan CGC Digital telah menjalinkan kerjasama strategik untuk menawarkan jaminan digital bagi akses kredit sehingga RM150,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

10,000 Usahawan India Disasar Raih Manfaat Daripada MUDRA 2026 - Presiden MAICCI

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Seramai kira-kira 10,000 usahawan India disasarkan untuk menerima manfaat daripada Pakej Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India (MUDRA) 2026 melalui peruntukan pembiayaan sebanyak RM220 juta menjelang akhir tahun ini.

PIVB Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Pada 4.6 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik

KUALA LUMPUR, 18 May (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.6 peratus tahun ke tahun (y-o-y), dengan permintaan domestik kekal menjadi tunjang kepada pengembangan itu. 

Inisiatif Pembiayaan Mikro Madani Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Harungi Ketidaktentuan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inisiatif pembiayaan mikro oleh Kerajaan MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia ketika tempoh ketidaktentuan geopolitik dengan mengekalkan mudah tunai dan menyokong aktiviti ekonomi domestik, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kedudukan Luaran Malaysia Kekal Teguh Dalam Ketidaktentuan Geopolitik - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

Malaysia Perlu Tumpukan Kestabilan Makroekonomi, Pelihara Penampan Mustahak - BNM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) --  Keutamaan dasar jangka pendek perlu tertumpu pada pengekalan kestabilan makroekonomi dan pada masa yang sama memelihara penampan mustahak susulan kejutan bekalan global akibat konflik Asia Barat.

Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK 5.4 Peratus Pada Suku Pertama 2026 Disokong Permintaan Dalam Negeri Kukuh - BNM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, mengatasi anggaran awal sebanyak 5.3 peratus dengan permintaan dalam negeri yang kukuh, aktiviti pelaburan dan eksport terus memacu pertumbuhan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

CGC Sertai Kemudahan SME SRF Bank Negara Bagi Sokong PKS

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) mengesahkan komitmen menyokong Kemudahan Penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) Bank Negara Malaysia dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.