Terdapat 381 berita berdasarkan kata kunci carian " mendatar"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman OPR

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini, perkembangan konflik AS-Iran dan data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan dijangka menjadi penentu hala tuju pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Pengambilan Untung Di Kaunter Berkaitan Minyak

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam zon positif pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi, diterajui oleh Press Metal, Telekom Malaysia dan Petronas Chemicals.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin didorong oleh minat baharu apabila Malaysia dilihat mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data berikutan reputasinya sebagai hab yang strategik dan selamat.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Pasaran Lemah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Ringgit tinggi berbanding dolar AS tetapi mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama lain dalam dagangan awal pada Isnin didorong sentimen pasaran yang lemah menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Saham Industri, Utiliti Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih meningkat susulan minat belian terhadap saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter produk perindustrian dan utiliti walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Belian Terpilih Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih meskipun prestasi Wall Street semalaman  yang lemah.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat, dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai antara cara untuk mengekalkan nilai modal.

Pasaran Getah Dijangka Lengang Dengan Cenderung Mendatar Dan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April  (Bernama) -- Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.