Terdapat 411 berita berdasarkan kata kunci carian " mekanisme"

SC Kaji Rangka Kerja Simpanan Persaraan, Pindaan Undang-Undang Mungkin Perlu

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji semula mekanisme dan struktur bagi meningkatkan kawalan individu terhadap simpanan persaraan mereka berikutan sasaran untuk memperluas rangkaian tawaran berfokus persaraan untuk memudahkan pengurusan kekayaan secara lebih aktif.

RON95 Boleh Kekal Pada RM1.99 Walaupun Harga Minyak Global Melonjak - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.

Kerajaan Malaysia Yang Stabil Capai Kemajuan Baik Melalui Dasar Menyokong - Amir Hamzah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerajaan Malaysia yang stabil telah mencapai kemajuan baik melalui dasar yang menyokong sekali gus membolehkan negara melaksanakan keputusan yang diperlukan untuk terus maju, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Dasar Konsisten, Mekanisme Sama Perkukuh Pasaran ASEAN, Tarik Pelaburan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kekonsistenan dasar dan mekanisme yang sama di seluruh ASEAN boleh membantu mewujudkan pasaran yang lebih terhubung, sekali gus menjadikan blok ini lebih menarik bagi pelaburan modal serta menyediakan asas kestabilan untuk kemajuan masa depan serantau.

Subsidi RON95 Berkurang Kepada RM1.8 Bilion Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Dijangka Cecah RM10.5 Bilion Tahun Ini - PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Majlis Kewangan Negara (MKewN) hari ini bersetuju meningkatkan pemberian kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini daripada RM10.3 bilion pada 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Perbelanjaan Subsidi Diesel Susut Kepada RM6.2 Bilion Pada 2025, Jimat RM4 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.

AmanahRaya Pegang Dana Tertangguh RM452 Juta, Setakat 31 Disember 2025 -- MoF

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mentadbir, menguruskan dan memegang dana tertangguh berjumlah RM452 juta, iaitu setakat 31 Disember 2025.

TM Telah Laksana Hak Kontraktual, Notis Penamatan Akses DNb Sah

 KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan pihaknya telah melaksanakan hak kontraktual mengikut Perjanjian Akses 5G dengan mematuhi sepenuhnya syarat khusus mengenai penamatan awal serta keperluan yang berkaitan dengan model dwi-rangkaian 5G.

Kerajaan Pastikan Objektif Pengurusan Kewangan Awam Diterjemah Kepada Hasil Fiskal Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan memastikan objektif pengurusan kewangan awam di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) diterjemahkan kepada hasil fiskal yang lebih baik melalui pengukuhan rangka kerja tadbir urus berasaskan peraturan, ketelusan dan akauntabiliti.

Hampir 14.8 Juta Nikmati BUDI95, Nilai Jualan RM12.8 Bilion Setakat 28 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu yang layak atau lebih 88 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter setakat 28 Feb 2026.