Terdapat 3923 berita berdasarkan kata kunci carian " kukuh"

Cyberview Tampil 23 Syarikat Pemula Niaga Berimpak Tinggi Di Pameran Penyelesaian CLLA Kohort 21

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd menampilkan 23 syarikat pemula niaga berimpak tinggi di Pameran Penyelesaian Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) Kohort 21, sekali gus mengukuhkan peranan program itu dalam mempercepatkan fasa pengesahan kepada fasa pengkomersialan syarikat pemula niaga.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Sime Darby Melonjak Kepada RM654 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Projek Solar, Angin Gamuda Di Tasmania Dipilih Di Bawah Skim Pelaburan Kapasiti Australia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi unitnya, Gamuda Renewable Pty Ltd (Gamuda Renewables), terpilih di bawah Skim Pelaburan Kapasiti Australia menerusi dua projeknya di Tasmania.

Bank Di Malaysia, Ekonomi APAC Kurang Terkesan Oleh Kenaikan Harga Tenaga - Moody’s

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bank-bank di Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Pasifik (APAC) dijangka kurang terjejas oleh kenaikan harga tenaga, menurut Moody's Ratings.

Johor Muncul Sebagai Hab Alternatif Pusat Data Cekap Kos Berbanding Singapura - Moody’s

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia, terutamanya Johor, meletakkan dirinya sebagai alternatif yang cekap kos berbanding Singapura untuk pelaburan pusat data, hasil daripada tanah luas yang banyak, ketersediaan infrastruktur tenaga dan insentif pelaburan yang menarik.

VentureTECH, Pacton Jalin Kerjasama Untuk Perkasa Platform Akuakultur Berkuasa AI

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak yang disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) membuat pelaburan strategik dalam Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton), bagi mempertingkatkan platform pengurusan akuakultur kecerdasan buatan (AI) dan Internet untuk Pelbagai Benda (IoT), FishSpeak.

Malaysia Kekal Kompetitif Dalam Industri Halal Global Menerusi JAKIM – BMI

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kredibiliti institusi Malaysia kekal menjadi kelebihan daya saing utama dalam landskap pensijilan halal global, disokong oleh sistem pensijilan halal yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diiktiraf antarabangsa, kata BMI, sebuah unit Fitch Solutions.

Singapura Kekalkan Unjuran KDNK 2026 Tumbuh Pada 2.0-4.0 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 25 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka kekal dalam julat 2.0 peratus hingga 4.0 peratus pada 2026 meskipun risiko penurunan adalah ketara susulan impak konflik Asia Barat, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah sewaktu dagangan dibuka pada Isnin, diasak sentimen pelabur yang berhati-hati serta minat belian suram walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.

AI : Pengeluar Malaysia, ASEAN Digesa Manfaat Peluang Bernilai US$1.2 Trilion -- Kearney

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kalangan pengeluar di ASEAN, termasuk Malaysia, digesa memanfaatkan peluang bernilai sehingga US$1.2 trilion (US$1=RM3.96) menerusi pertumbuhan nilai output kasar yang dipacu kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030, menurut firma perunding pengurusan global, Kearney.

Strarion Advisory 'Jambatan' Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara.