Terdapat 3071 berita berdasarkan kata kunci carian " kenya"

Permintaan Kargo Udara Global Meningkat 5.6 Peratus Pada Januari - IATA

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer (CTK) meningkat 5.6 peratus pada Januari 2026 berbanding paras pada Januari 2025 (7.2 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pemanfaatan Data Transaksi Pacu Pertumbuhan Seterusnya PMKS – Paydibs

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Fasa pertumbuhan seterusnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada sejauh mana data transaksi dimanfaatkan secara strategik, menurut syarikat pembayaran digital Paydibs.

Unit Velesto Energy Peroleh Kontrak AS$157 Juta Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Velesto Energy Bhd (VEB), Velesto Drilling Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai AS$157 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) untuk menyediakan pelantar penggerudian jenis jack-up bagi tempoh kontrak PCSB 2026-2030.

NanoMalaysia perkenal Prototaip Bateri Natrium-Ion 300 Wh/kg Berprestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB) melakar satu kejayaan besar dalam aspirasi penyimpanan tenaga Malaysia melalui pembangunan prototaip bateri natrium-ion dipertingkat dengan grafena bagi menawarkan ketumpatan tenaga melebihi 300 watt-jam sekilogram (Wh/kg), antara yang tertinggi di dunia.

Pemberi Kredit Dan Penyedia Perkhidmatan Kredit Wajib Lesen Dan Daftar SKP - MOF

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873/AKP).

DNeX, MARA Meterai MoU Bangunkan Hab Perisikan Data Bersepadu

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan Hab Perisikan Data Bersepadu, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif transformasi digital menyeluruh berpacukan kecerdasan buatan (AI).

KSL Perkenal Perbandaran Dengan GDV RM15 Bilion, Riveria Garden Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 2 Mac (Bernama) -- KSL Holdings Bhd telah memperkenalkan perbandaran terbesarnya yang terletak di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Riveria Garden yang memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak  RM15 bilion (GDV) di Iskandar Puteri.

Insurans Risiko Perang Bagi Kapal, Kargo Melonjak Sewaktu Ketegangan Di Timur Tengah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) – Industri maritim global sedang memantau dengan teliti peningkatan ketegangan di Timur Tengah dengan insurans perlindungan risiko perang terhadap badan kapal serta kargo melonjak mendadak sebagai tindak balas mengikut situasi semasa.

Maxis Raih Anugerah Ikon Transformasi Rangkaian-Prestasi Daripada The Fast Mode

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025

PMI Pembuatan Malaysia Sederhana Pada Februari, Firma Kekal Optimis Terhadap Prospek

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Keadaan perniagaan dalam sektor pembuatan Malaysia menjadi sederhana buat pertama kali dalam tempoh empat bulan pada Februari 2026 berdasarkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global, yang menurun kepada 49.3, di bawah ambang neutral 50.0.

Lesen Operasi Lynas Malaysia Diperbaharui 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Malaysia memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia selama 10 tahun, berkuat kuasa esok.

SC Lantik Kamal Azira, Adnan Zaylani Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Kamal Azira Hassan dan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Feb, 2026.