BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian " itali "

PM Anwar Bertemu Pemimpin Syarikat Gergasi Industri Itali Dalam Lawatan Ke Rom

Daripada  Arul Rajoo Durar Raj

ROME, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.

Aspek Pelaburan, Kerjasama Ekonomi Dengan Tiga Negara Dijangka Diumum Selepas Lawatan PM

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Beberapa inisiatif baharu melibatkan pelaburan dan kerjasama ekonomi strategik antara Malaysia dan Itali, Perancis serta Brazil dijangka diumumkan selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tersebut, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

PM Anwar Bertemu Peneraju Industri Itali

ROM, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.

PM Anwar Akan Bertemu 36 Syarikat Itali, Termasuk MNC Di Rom

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu para pemimpin industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) seperti Leonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero semasa lawatan kerja sulung beliau ke Rom, Itali.

Petronas, Eni Dari Itali Meterai Usaha Sama Teroka Kerjasama Sektor Huluan Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai Perjanjian Rangka Kerja Usaha Sama (JVFA) dengan syarikat tenaga dari Itali, Eni, bagi meneruskan perbincangan dan penilaian ke arah penubuhan sebuah syarikat usaha sama serantau dalam sektor huluan. 

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia, Itali Sasar Perkukuh Kerjasama Ekonomi - Liew

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia dan Itali berusaha untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.

Caruman KWSP Pekerja Asing Pencetus Perubahan Kekalkan Tenaga Kerja, Ambil Ramai Bakat Tempatan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dalam jangka panjang berikutan majikan akan lebih cenderung untuk menggaji lebih ramai bakat tempatan apabila kos meningkat.

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

Malaysia Bakal Perkenal Rangka Kerja Kawal Selia Sasar Jadi Hab CCUS Global - Rafizi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.