BERITA TERKINI   Aspek keselamatan perkhidmatan KLIA Aerotrain yang akan beroperasi berada di tahap tinggi - Loke | Perkhidmatan KLIA Aerotrain akan mula beroperasi pada 1 Julai ini bermula 10 pagi - Loke | 

Terdapat 58 berita berdasarkan kata kunci carian " fadillah"

CPTPP: 8,000 Tan Minyak Sawit Dari Sabah Dieksport Ke UK Dengan Tarif Sifar

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 8,000 tan minyak sawit Malaysia dari Sabah yang dieksport ke United Kingdom (UK) pada awal bulan ini telah mendapat akses tarif sifar di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar.

TNB Mampu Tingkat Keupayaan Bidang Tenaga Di Luar Negara - Fadillah

Daripada Salawaty Supardi

NEWCASTLE, 27 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mampu mengembangkan dan terus meningkatkan keupayaannya dalam bidang tenaga di luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Nyata Komitmen Teguh Terhadap Keselamatan Tenaga Di London

Oleh Salawaty Supardi

LONDON, 26 April (Bernama) -- Malaysia menyatakan komitmen teguh terhadap keselamatan serta peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat global seiring dengan aspirasi dunia untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.

Grid Tenaga ASEAN Perkukuh Kerjasama Serantau - Fadillah

LONDON, 26 April (Bernama) -- Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Tumpu Realisasikan Grid Tenaga ASEAN, Tingkat Program Pertukaran -- TPM Fadillah

LONDON, 24 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan Grid Tenaga ASEAN selain meningkatkan program pertukaran berkaitannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

TPM Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Tenaga Di London

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini.

Syarikat Malaysia Perlu Terus Teroka Pelaburan Di Luar Negara, Bawa Kepakaran Untuk Malaysia - Fadillah

ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Syarikat besar Malaysia disaran terus meneroka peluang pelaburan di luar negara yang bukan sahaja dapat meningkatkan jalinan kerjasama dalam konteks perniagaan tetapi mampu memperluas perkongsian teknologi dan kepakaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia-Turkiye Mahu Pertingkat Surat Hasrat, Perkukuh Kerjasama Bidang Tenaga - Fadillah

ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turkiye Minat Jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Turkiye berminat untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei dan November ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

TPM Fadillah Adakan Kunjungi Hormat Ke Atas Naib Presiden Turkiye

ANKARA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan lawatan kerja rasminya ke Turkiye dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz di kompleks presiden di sini pada Selasa.

TPM Fadillah Ke Turkiye Dan London Mulai Selasa, Tinjau Bidang Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memulakan lawatan kerja selama empat hari ke Turkiye dan London bermula Selasa ini dalam usaha meninjau peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga.