Terdapat 1303 berita berdasarkan kata kunci carian " emp"

Unit Malakoff Corp Memeterai Sambungan PPA Empat Tahun Dengan TNB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd, Prai Power Sdn Bhd telah memeterai lanjutan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama empat tahun dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) membabitkan Loji Janakuasa Prai, mulai 1 April 2026 hingga 31 Mac 2030.

CMP 2026-2030 Berbeza Daripada Pelan Terdahulu Susulan Pendigitalan, AI Ubah Pasaran 

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 berbeza daripada pelan terdahulu dari segi skop dan penilaian semula berikutan perubahan pesat yang didorong oleh kepantasan pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) serta jangkaan pelabur.

Pasaran Modal Malaysia Bakal Jadi Hab Produk Khusus Bertemakan ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk  dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).

Malaysia Perlu Anjakan Bagi Manfaatkan Sepenuhnya Potensi Pasaran Modal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia kini perlu melakukan lonjakan dengan aspirasi baharu dan kejelasan tujuan untuk mengekalkan keyakinan, mengukuhkan penyertaan serta memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran modal negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SC Lancar Pelan Induk Pasaran Modal Baharu, Sasar Saiz Pasaran RM20 Trilion Menjelang 2045

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.

Syarikat Telekomunikasi Dijangka Kekalkan Dividen Meskipun Penswastaan DNB - Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi Malaysia dijangka dapat mengekalkan pembayaran dividen walaupun wujud kemungkinan tekanan terhadap keuntungan berikutan penswastaan Digital Nasional Bhd (DNB), menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Pelabur Asing Kembali Jadi Pembeli Bersih Ekuiti Dengan Aliran Masuk RM411.4 Juta - MBSB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, mengakhiri aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata para peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong kenaikan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah dan kenaikan harga minyak dengan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah akan mereda.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Didorong Sentimen Berhati-hati Dalam Pasaran Pertukaran Asing

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat apabila sentimen pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati susulan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah mereda sepanjang minggu ini.

Aktiviti Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi seiring prestasi ekuiti serantau, dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah selepas indeks utama mencecah seketika di bawah paras psikologi 1,700 dalam sesi dagangan sebelum ini.