17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kerajaan berpandangan bahawa penetapan harga berperingkat RON95 pada paras RM2.10 atau RM2.30 di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) selepas kuota 300 liter habis diguna pakai, akan mengekalkan elemen subsidi yang tidak efisien.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM54.9 bilion serta penubuhan enam syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) pada separuh pertama 2025, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah mengumpul input berkaitan untuk digunapakai di dalam Dokumen Strategi Nasional Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) melalui beberapa siri bengkel dan perbincangan bersama pihak industri dan pemegang taruh.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan penetapan skop pelepasan gas rumah hijau (GHG), paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan sebagai elemen utama dalam pembentukan kerangka cukai karbon, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) giat menggalakkan pelaburan dalam industri unsur nadir bumi (REE) bagi segmen pertengahan dan hiliran bagi memastikan nilai tambah berlaku di bumi Malaysia.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kerajaan digesa untuk menyediakan insentif pembiayaan hijau yang dipadankan kepada pengusaha-pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi menggalakkan peralihan ke arah dekarbonisasi negara.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan dicadang mengecualikan kadar cukai jualan lima peratus ke atas kayu bergergaji dan menilai semula peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah mewujudkan cukai bertindih ke atas industri perkayuan dan produk berasaskan kayu.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meningkatkan pelaburan dalam peralihan hijau bagi memastikan transisi hijau negara dapat dilaksanakan pada skala yang lebih besar, kata Timbalan Menterinya Liew Chin Tong.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bank di Malaysia akan menawarkan 'goodwill discounts' kepada mereka yang melakukan penyelesaian awal untuk perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada berikutan lulusnya Rang Undang-Undang (Pindaan) Sewa Beli oleh Dewan Negara semalam.