BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia sebanyak 1.7 peratus pada Mac 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 136.4 daripada 134.1 dalam bulan sama pada tahun sebelumnya - DOSM | Anggaran awal KDNK Malaysia bagi suku pertama 2026 dijangka berkembang 5.3 peratus, mencerminkan asas ekonomi berdaya tahan dalam ketidaktentuan global yang meningkat - DOSM | Empire Premium Food mula disenaraikan di Pasaran Utama pada RM1.10, naik 40 sen daripada harga IPO sebanyak 70 sen, dengan 26.40 juta saham diniagakan | 

Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " daya saing eksport"

Ringgit Kukuh, Perubahan Fed Boleh Dorong Kemasukan Modal Ke Malaysia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia boleh menarik aliran masuk modal baharu dalam pasaran bon dan ekuitinya, disokong oleh ringgit yang lebih kukuh dan kemungkinan perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

Wide Agro Ventures, Orec Labur RM30 Juta Untuk Hab Pengeluaran Di Perak

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Wide Agro Ventures Sdn Bhd bekerjasama dengan Orec Co Ltd, sebuah syarikat beribu pejabat di Fukuoka, Jepun, untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran dan pusat pengedaran tercanggih di Taman Perindustrian Seri Iskandar, Perak dengan pelaburan awal RM30 juta.

Malaysia Perlu Manfaatkan Tempoh AS-China Tangguh Tarif Bagi Perkemas Kedudukan - Pakar

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Tempoh penangguhan pelaksanaan tarif selama 90 hari membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan China menawarkan peluang penting bagi Malaysia memperkemas kedudukannya secara ekonomi, kata pakar.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Asia RM31.68 Bilion, Korea Selatan Catat Jualan Tertinggi

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.

MGCC Tingkat Sokongan Perniagaan Malaysia Susulan Langkah Tarif Baharu AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) memperluas perkhidmatan nasihat strategiknya bagi menyokong perniagaan Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi susulan pengumuman langkah tarif terbaharu oleh Amerika Syarikat (AS).

Dasar Ekonomi Trump Boleh Tambah RM19.7 Bilion Kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.