2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Rantau ASEAN yang berkecuali menawarkan platform bagi perdagangan, kerjasama teknologi dan pelaburan dengan semua kuasa ekonomi utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Pelaburan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) merupakan mekanisme berdaulat berasaskan peraturan yang memperkukuh keupayaan Malaysia untuk mengekalkan hubungan komersil yang stabil dan boleh diramal dengan ekonomi utama, terutamanya ketika tindakan tarif unilateral menjadi kebiasaan.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh optimisme terhadap potensi rangsangan ekonomi China dan pembetulan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku ketiga Malaysia membuktikan momentum domestik semakin mengukuh walaupun keadaan luaran kekal tidak menentu, kata seorang ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kadar dasar semalaman (OPR) semasa pada 2.75 peratus masih wajar dan menyokong pertumbuhan memandangkan keadaan ekonomi Malaysia dan inflasi yang stabil, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir untuk 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan dasar pengasingan (ringfencing) peruntukan dengan menetapkan satu paras minimum yang dilindungi bagi program kebajikan dan infrastruktur di desa seperti jalan raya, klinik dan hospital.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Dasar fiskal kerajaan kekal komited untuk menyokong objektif pembangunan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
3bulan ago
Oleh Naveen Prabu Kuppusamy
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 Malaysia memperlihatkan perubahan yang jelas dalam strategi fiskal kerajaan, dengan memberi keutamaan kepada kecekapan dan disiplin berbanding cukai baharu bagi mewujudkan keupayaan berbelanja, menurut ahli ekonomi Dr Geoffrey Williams.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis apabila pelabur menunjukkan keyakinan menjelang pembentangan Belanjawan 2026, kata penganalisis.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara pengukuhan fiskal dan langkah yang menyokong pertumbuhan untuk memastikan daya tahan sektor perbankan dan ekonomi secara keseluruhan, kata RHB Banking Group.