2hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus menjadi tumpuan dalam usaha mempertingkatkan hubungan ekonomi Malaysia-India kerana India menawarkan peluang pasaran yang luas untuk perniagaan dari negara ini yang ingin berkembang ke luar negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun dalam niaga hadapan getah serantau dan minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Dasar jelas, pembaharuan berterusan kerajaan dan faktor luaran merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kukuh ringgit ke paras tertinggi yang kali terakhir dilihat pada 2018, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
3hari ago
Oleh Farhana Poniman
GEORGE TOWN, 27 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan persekutuan untuk menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang, diterajui Terminal Pelayaran Jeti Swettenham (SPCT), sebagai “homeport” (pangkalan kapal) utama bagi wilayah utara dijangka akan meningkatkan peranan Pulau Pinang dalam ekosistem maritim Malaysia dan memperkukuh ketersambungan ekonomi serantau.
3hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Rancha Power Sdn Bhd hari ini mencatat satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga di Labuan menerusi majlis pecah tanah pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas baharu berkapasiti 120 megawatt (MW).
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh jangkaan pengeluaran lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang pedagang.
3hari ago
SEREMBAN, 26 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan berpotensi muncul sebagai antara hab utama data dan teknologi di Malaysia susulan pembangunan Kampus Pusat Data Hijau Nexus Yang di Taman Perindustrian NS Semiconductor Valley (NSSV) di sini.
3hari ago
PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lebih 120 syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia menyertai pameran Gulfood 2026 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 26-30 Jan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, EcoCeres Renewable Fuels yang membuat pelaburan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang bakal meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan.