Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " aws"

re:Invent 2024: AWS Lancar Komitmen US$100 Juta Untuk Penyelesaian Pembelajaran Digital

Daripada Anas Abu Hassan

LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services Inc (AWS) komited menyediakan hingga US$100 juta (US$1=RM4.40) dalam bentuk kredit awan di bawah AWS Education Equity Initiative bagi tempoh lima tahun akan datang untuk membantu organisasi pendidikan yang layak di seluruh dunia membangunkan atau meluaskan penyelesaian pembelajaran digital.

AWS Umum LLM AI Generatif Bahasa Melayu, MaLLaM, Bagi Perkhidmatan Awan

LAS VEGAS, 2 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan Mesolitica, syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.

AWS Sasar Pertumbuhan Kukuh Pasaran Perkhidmatan Awan ASEAN

LAS VEGAS, 2 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) menjangka pertumbuhan kukuh dalam perniagaan perkhidmatan awannya, dipacu oleh penerimagunaan kecerdasan buatan generatif (Gen-AI) yang akan meningkatkan lagi ekonomi digital di seluruh rantau ASEAN.

Misi PM Anwar Tingkatkan Perdagangan Dan Pelaburan ASEAN Sebagai Pengerusi ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan ASEAN yang beliau percaya pada masa ini tidak mencukupi dalam Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Petronas Manfaatkan AI Bagi Keputusan Pelabur Dipacu Data Sektor E&P Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Petronas menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) bekerjasama dengan Earth Science Analytics (ESA) dan Amazon Web Services (AWS) untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) termaju untuk mempercepat usaha penerokaan di Lembangan Melayu dan meningkatkan keupayaan platform Petronas myPROdata.

Malaysia Mampu Jadi Hab Perkhidmatan Serantau Untuk Firma Global - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.

Sumbangan RM57.3 Bilion Pelaburan AWS Kepada KDNK Dijangka Dapat Dipercepat Kepada 2032 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin sumbangan Amazon Web Services (AWS) Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dianggarkan berjumlah RM57.3 bilion boleh dipercepat kepada tahun 2032 daripada 2038.