BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor FC 3-0 Melaka FC | 

Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " aset pelaburan"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Oleh Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini. 

Dividen KWSP Tinggi Kuatkan Keyakinan Terhadap Pasaran Modal Malaysia, Pelaburan – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.

KWSP Antara Dana Persaraan Terbesar Di Dunia - CEO

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn.

Aset Pelaburan KWSP Cecah RM1.25 Trilion, 63 Peratus Dilaburkan Dalam Pasaran Domestik

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk Simpanan Konvensional Dan Shariah Bagi 2024, Jumlah Keseluruhan Agihan RM73.24 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Tomei Catat Untung Bersih RM59.5 Juta Setelah Emas Jadi Pilihan Pelaburan Selamat

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengeluar dan peruncit perhiasan emas bersepadu, Tomei Consolidated Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM59.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM46.43 juta pada tahun sebelumnya.

BNM Umum Liberalisasi Dasar Pertukaran Asing Bagi Bank Pembangunan Dan Institusi Kewangan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM19.67 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.

Khazanah, PNB Perjelas Isu Pelupusan Pegangan Dalam FashionValet

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.