4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung mencatat peningkatan kecil pada minggu depan susulan penyusutan baru-baru ini ketika aktiviti belian saham berharga rendah serta peningkatan sentimen pelabur menyokong saham wajaran tinggi terpilih.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat dipacu aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang muncul semula selepas beberapa sesi dagangan lemah sebelum ini.
5hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis berikutan sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aliran keluar dana asing yang berterusan, meskipun penurunan baru-baru ini membuka peluang belian murah bagi saham-saham mewah.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.
6hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ketua sebuah firma perunding pengurusan sisa memberi amaran bahawa Malaysia haus menguatkuasakan sistem pengurusan sisa maritim yang lebih ketat bagi melindungi Selat Melaka daripada pencemaran alam sekitar, memandangkan trafik perkapalan dijangka meningkat dengan ketara melintasi laluan tersebut.
6hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangka harga bahan api pesawat akan berada antara US$120 dan US$130 setong dalam tempoh setahun akan datang berdasarkan petunjuk semasa daripada pasaran hadapan apabila syarikat penerbangan terus berdepan ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan bahan api yang menjejaskan industri penerbangan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Struktur pembiayaan perumahan Malaysia mungkin memerlukan pendekatan yang lebih mampan memandangkan tempoh matang pinjaman perumahan yang lebih panjang semakin memberikan tekanan kewangan kepada isi rumah berpendapatan sederhana.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB), Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM174.2 juta daripada RB Land Sdn Bhd.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima subsektor pembuatan telah dikenal pasti paling terkesan berikutan impak krisis tenaga dan gangguan bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ledakan perbelanjaan modal (capex) di peringkat global yang berterusan, dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) berpotensi mengukuhkan kedudukan perdagangan Malaysia dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi berbanding jangkaan, menurut firma penyelidikan BMI.