Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " ai generatif"

FSBM Bekerjasama Dengan Syarikat China, Taiwan Lancar Platform Dikuasakan Ai

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.

FSBM Meterai MoU Dengan VisionTech, Cydentiq Majukan Penyelesaian AI, Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan teknologi maklumat FSBM Holdings Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya FSBM I-Design Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan VisionTech Pte Ltd (VisionTech) dan Cydentiq Sdn Bhd (Cydentiq).

Jangkaan Keselamatan Siber Palo Alto Untuk 2025: Kritikal Pada Perniagaan Malaysia

KUALA LUMPUR, Jan 14 (Bernama) – Palo Alto Networks, peneraju global dalam keselamatan siber, telah mengeluarkan Jangkaan Keselamatan Siber APAC untuk 2025, menawarkan tinjauan kritikal mengenai ancaman siber yang akan datang dan strategi bagi menanganinya.

AWS Umum LLM AI Generatif Bahasa Melayu, MaLLaM, Bagi Perkhidmatan Awan

LAS VEGAS, 2 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan Mesolitica, syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.

SDEC 2024 Tarik 20,000 Pengunjung, Jana RM100 Juta Transaksi Berpotensi

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) yang berlangsung dari 16 hingga 19 Okt, 2024 berjaya menarik lebih 20,000 peserta selain menjana kira-kira RM100 juta dalam urus niaga berpotensi menerusi kerjasama strategik dan libat urus perniagaan.

10 Pemula Niaga Menyerlah Di SAP 2024, Sasar Pertumbuhan Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- 10 pemenang dalam Program Pemecut Selangor (SAP 2024) akan bersama lebih 190 syarikat pemula niaga lain yang turut menyertai program itu sejak dilancarkan pada 2018.

Sektor Semikonduktor Malaysia Mampu Tingkat Landskap Teknologi Asia Tenggara - Pakar Reka Bentuk Ic

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sektor semikonduktor Malaysia berpotensi meningkatkan landskap teknologi Asia Tenggara, demikian kata pakar pemain industri reka bentuk litar bersepadu (IC) Skyechip, Weeroc dan Chipsbank di Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2024 hari ini.

Kerajaan Mahu Syarikat Teknologi Tempatan Kembang Perniagaan Di Malaysia - Gobind

CYBERJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.