Terdapat 912 berita berdasarkan kata kunci carian " agensi"

Megah Port Management, Lembaga Pelabuhan Labuan Meterai Perjanjian Bagi Pacu Operasi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu. 

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen global yang lebih baik apabila pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan dalam pasaran minyak.

Konflik Asia Barat: Tiada Pakej Rangsangan Ekonomi Buat Masa Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sabah Pantau Kesan Konflik Global Terhadap Rantaian Bekalan Barangan

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Sabah sedang memantau kesan konflik global terhadap sistem rantaian bekalan barangan serta implikasinya kepada pengguna di negeri itu menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).

Bekalan Yang Pelbagai Lindungi Malaysia Daripada Gangguan Minyak Serta-merta - MPRC

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

1,700 Jadi Paras Penting Bagi Hala Tuju Pergerakan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan kalangan pelabur memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga tenaga global.

Perancis Berusaha Perluas Pelaburan Dalam Sektor Aeronautik, Tenaga Dan Mineral Kritikal Di Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perancis menggalakkan lebih banyak syarikatnya melabur di Malaysia, khususnya dalam sektor seperti aeronautik, tenaga dan mineral kritikal termasuk unsur nadir bumi (REE), menurut Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Abensour.

MIDA Ambil Alih Peranan Promosi Pelaburan InvestKL Bermula 15 Mac

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengambil alih peranan promosi dan kemudahan pelaburan InvestKL Corporation (InvestKL) berkuat kuasa 15 Mac 2026.

Selat Hormuz: Titik Strategik Konflik Asia Barat Dan Pengaruhnya Pada Pasaran Minyak Dunia

Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa. 

Malaysia, EU Teruskan Rundingan Pusingan Keempat MEUFTA Pada Jun 2026

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) akan meneruskan rundingan pusingan keempat bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada Jun 2026, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).