Terdapat 16 berita berdasarkan kata kunci carian " afmgm"

Menteri Kewangan ASEAN Bertemu Di KL Bincang Usaha Perkukuh Integrasi Ekonomi, Kewangan

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Menteri kewangan ASEAN akan bertemu di sini pada minggu depan di tengah-tengah keperluan mendesak untuk memperdalam integrasi ekonomi dan mengukuhkan daya tahan kewangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Mampu Depani Krisis Ekonomi Jika Perang Perdagangan Tercetus - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) –  Malaysia berupaya mendepani sebarang krisis ekonomi yang mungkin timbul susulan kebimbangan tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas 168 negara termasuk Malaysia akan mencetuskan perang perdagangan global.

ASEAN Tidak Akan Bertindak Balas Sebaliknya Berunding Untuk Kurangkan Tarif AS - Amir Hamzah 

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN tahun ini akan mengutamakan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi serantau susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas negara anggota blok itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Ketengah Tiga PED Trek Kewangan Pada Mesyuarat AFMGM 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Malaysia mengenal pasti tiga Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah Trek Kewangan -- pembiayaan mampan, ekonomi digital dan pembangunan inklusif yang menjadi tumpuan utama perbincangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 (AFMGM) pada 7-10 April ini.