Pengesahan 18 PED, Nilai Semula Pelan AEC Antara Tumpuan Penting AEM Ke-31 - MITI
Oleh Norsyafawati Ab Wahab dan Mohd Khairi Idham Amran
KOTA TINGGI, 25 Feb (Bernama) -- Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) dan menilai semula kemajuan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030.