4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika ketidaktentuan membabitkan perang AS-Israel dan Iran terus memberi tekanan terhadap sentimen pasaran.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Beribu-ribu tan sisa makanan berakhir di tapak pelupusan sampah di Malaysia setiap hari, kebanyakannya masih boleh dimakan, masalah ini menjadi lebih ketara semasa musim perayaan seperti pada bulan Ramadan apabila sejumlah besar makanan disediakan tetapi tidak selalu dimakan (lebihan makanan/makanan tidak terjual).
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Keputusan syarikat minyak untuk beralih daripada pasaran Asia Barat dan menyokong penerokaan minyak mentah luar pesisir di Asia Tenggara berpotensi memberi manfaat kepada pengendali kapal sokongan luar pesisir (OSV).
5hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri insurans dan takaful optimis bahawa penerima program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 akan terus mendapatkan perlindungan insurans walaupun selepas tempoh kempen itu tamat.
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk memperluas pelaburannya ke pasaran luar negara secara berperingkat sebagai sebahagian usaha meningkatkan pulangan portfolio, dengan penempatan awal dijangka bermula seawal tahun ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Harga emas yang kini sedamg ditekan ke bawah selepas pasaran mencair, hasil sebenar meningkat dan permintaan fizikal ditangguhkan buat sementara waktu, bukanlah penyimpangan dalam tinjauan makroekonomi jangka panjang, kata seorang penganalisis.
8hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan susulan konflik di Asia Barat.
8hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat memandangkan pasaran terus memantau ketidaktentuan di sebalik konflik Asia Barat yang sedang berlaku, kata pakar industri Denis Low.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan dengan diniagakan pada sekitar paras 3.95 berbanding dolar AS dalam persekitaran musim perayaan.
9hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah, memberikan sokongan kepada mata wang AS itu.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Realiti yang dialami perusahaan kecil dan sederhana (PKS) --daripada peniagaan yang sederhana serta harapan bersama -- sehingga tekanan yang timbul apabila perniagaan semakin berkembang, menjadi fokus utama filem Raya Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP).