Terdapat 2165 berita berdasarkan kata kunci carian " ai"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Selepas BNM Kekalkan OPR Pada Paras Semasa

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Khamis, dipacu oleh pembelian berterusan ke atas saham perbankan wajaran tinggi selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Pengamal Media Perlu Kuasai Kemahiran Keusahawanan Dan Pasaran – Ashwad Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pengamal media perlu melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan serta kefahaman mendalam terhadap dinamik pasaran seiring usaha Malaysia memperkukuh ekosistem keusahawanan negara, kata Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ashwad Ismail.

Saham Perbankan Pacu Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada dagangan tengah hari Khamis, dipacu oleh minat belian baharu terhadap saham perbankan dan kewangan.

Saham Capital A Meningkat Susulan Perjanjian Pembelian 150 Pesawat Oleh Airasia

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Saham Capital A Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan tempahan sebanyak 150 pesawat Airbus A220 oleh AirAsia Bhd, iaitu tempahan terbesar bagi model berkenaan setakat ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang semakin mereda telah melonjakkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan menggalakkan minat risiko yang lebih luas merentasi ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.

Visa Lancar Program Agentic Ready Untuk Sokong Ekosistem Pembayaran Digital

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Syarikat pembayaran digital Visa telah melancarkan program "Visa Agentic Ready" untuk menyokong ekosistem pembayaran dalam era perdagangan berejen.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum, Naik 10.65 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh dalam senario kemajuan rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata penganalisis.

MDEC Mudah Cara Potensi Peluang Bernilai RM450 Juta Di Sushi Tech Tokyo 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memudah cara potensi peluang bernilai lebih RM450 juta pada SusHi Tech Tokyo 2026, antara platform pemula niaga dan inovasi terkemuka di Asia.

Taiwan Mahu Perkukuh Kerjasama Dengan Malaysia Dalam Segmen Pusat Data, Robotik

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Taiwan menyasarkan untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan sektor semikonduktor dan pengeluaran pintar, terutama dalam segmen pusat data dan robotik.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street ketika penurunan harga minyak memulihkan sentimen para pelabur, kata penganalisis.

MIDA, AIXTRON Meterai Perjanjian Bina Fasiliti Semikonduktor Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memeterai perjanjian dengan penyedia peralatan enapan bagi industri semikonduktor, AIXTRON SE, bagi membangunkan sebuah kemudahan pengeluaran di tapak baharu di Pulau Pinang.

Minat Belian Ketara Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Raih 7.66 Mata

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.