1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didorong oleh kaunter berkaitan YTL, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran dengan menyasarkan untuk merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkin amalan pertumbuhan hijau dalam rantaian nilai pembuatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan momentum positif pasaran Bursa Malaysia akan berterusan pada suku keempat 2024 (S4), dipacu oleh pelaburan asing dan disokong oleh ekonomi yang sihat serta prospek pendapatan korporat yang memberangsangkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) telah melancarkan Direktori Industri Rel Malaysia yang pertama semasa majlis perasmian InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman pada Selasa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
TOKYO, 25 Sept (Bernama) -- Tokyo Game Show (TGS) 2024 akan bermula esok, 26-29 Sept, di Makuhari Messe, Chiba, Jepun, menandakan 28 tahun sejak dilancarkan pada 1996.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Worldcoin Foundation sedang memperluaskan ketersediaan perkhidmatan bukti identiti peribadinya untuk merangkumi fasa perintis atau pengujian beta di Malaysia.