1tahun ago
LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat pada 11.15 malam waktu tempatan di sini pada Selasa untuk lawatan rasmi dan menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 yang berlangsung dari 14 hingga 16 November.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaburan berterusan dalam projek pembangunan infrastruktur membolehkan Malaysia mengukuhkan kendudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau serta meningkatkan daya saing di peringkat global, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sebarang bentuk perlindungan akan menjejaskan negara-negara dari segi perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pembuatan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN berdasarkan kepada sejarah 40 tahun dalam pengeluaran automotif sejak 1983 dan kluster perindustrian semikonduktor yang kukuh, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik 30 peratus Solarvest Holdings Bhd, Selarong Pertama Energy Sdn Bhd (SPESB) telah menerima kelulusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk beroperasi sebagai penjual tenaga,
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.
1tahun ago
GURUN, 12 Nov (Bernama) – Pos Malaysia Bhd telah menambah 1,092 motosikal elektrik kepada kumpulannya sebagai sebahagian daripada matlamat untuk menukar semua kenderaan penghantaran jarak terakhirnya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
PERU (Lima), 12 Nov (Bernama) -- Wawasan Putrajaya APEC 2040 dan Pelan Tindakan Aotearoa akan terus menjadi panduan bagi memacu forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke arah komuniti dinamik serta inklusif, kata Pengerusi Pegawai Kanan APEC Carlos Vasquez.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia terus mengekalkan momentumnya dalam wilayah positif pada tengah hari Selasa, menyanggah prestasi penurunan di peringkat pasaran serantau.