1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan sebanyak 10 syarikat berasaskan sains hayat menyertai Program Perkongsian Makmal Selangor menjelang akhir tahun ini.
1tahun ago
PHNOM PENH, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 30 syarikat Malaysia yang menyertai pameran perdagangan pelbagai sektor anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Yangon di Myanmar, berjaya mencatatkan potensi jualan sebanyak RM39.1 juta.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yakin Belanjawan 2025 akan mewujudkan persekitaran yang menyokong sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk meneruskan trajektori pertumbuhan selepas pulih daripada tahun-tahun mencabar sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pemegang saham AirAsia X Bhd (AAX) melulus dan menyokong sepenuhnya cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan harga RM6.8 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Projek-projek infrastruktur yang baharu akan menguasai industri pembinaan Malaysia pada bulan-bulan akan datang kerana pemberian kontrak bagi awal tahun sehingga kini (YTD) daripada kerajaan telah melebihi tahun lepas, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Dalam usaha melestarikan industri sawit tempatan, pekebun kecil di negara ini telah menerima impak positif selain turut menerima cabaran daripada pengenalan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah Pantai Timur dapat direalisasikan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi pelaburan yang disasarkan sebanyak RM10 bilion untuk 2024 dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan di wilayah itu setakat September 2024.
1tahun ago
SEPANG, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia menegaskan komitmennya untuk memacu kesalinghubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global sebagaimana Dubai diiktiraf untuk perjalanan dan perdagangan udara antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kisah keazaman, ketabahan dan impian yang direalisasikan melatari perniagaan dalam talian yang diusahakan Muhammad Afiq Mohamad Arshad dan Faizah Milin, pengasas A&F Berkat Borneo, kata Shopee.