1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya memastikan destinasi akhir barangan yang dieksport ke negara luar bagi mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Syarikat Malaysia digalakkan meneroka peluang luas yang ditawarkan oleh perniagaan Rusia, terutamanya dalam bidang pendigitalan dan teknologi maklumat (IT), menurut Roscongress Foundation.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM500.57 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM469.78 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Vanzo Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM14 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Disember ini.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 27 Nov (Bernama) -- Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di sini akan memfokuskan dua sektor utama iaitu perkhidmatan perbankan dan kewangan serta perkhidmatan logistik, pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan potensi ekonomi negara sepenuhnya dan mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara, kata badan pemikir pengangkutan, My Mobility Vision.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah penyasaran rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun lepas bukan penyebab utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan yang menyebabkan kejatuhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” yang julung kali diadakan bermula hari ini adalah tindakan susulan yang pantas daripada Rusia berikutan lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vladivostok, Rusia pada September.
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 26 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan yang berakhir hari ini menjana potensi pelaburan bernilai RM32.8 bilion kepada Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM101.03 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 daripada kerugian bersih RM49.34 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.