Terdapat 364 berita berdasarkan kata kunci carian " kelulusan"

Skyworld Development, Entiti Vietnam Meterai MoU Projek Kediaman 13D

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- SkyWorld Development (Vietnam) Company Ltd, anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan entiti dari Vietnam berkaitan pembangunan projek kediaman Complex No 13D.

Pemegang Saham WCT Lulus Penyenaraian Paradigm REIT Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pemegang saham WCT Holdings Bhd (WCT) telah meluluskan cadangan penyenaraian Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kebakaran Di Putra Heights Cetus Gangguan Pengeluaran, Kerugian Kewangan 200 Kilang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor memberi impak besar terhadap operasi kira-kira 200 kemudahan industri di Lembah Klang melibatkan pelbagai subsektor pembuatan dan saiz syarikat.

Putra Heights : Petronas Gas Kukuh Komitmen Keselamatan Dan Kebolehpercayaan

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan bahawa ia sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ketat selaras dengan piawaian antarabangsa dalam semua peringkat operasinya.

MIDA Perkenal Pas Pelabur Untuk Galak Pelaburan Asing

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan melancarkan Pas Pelabur berkuat kuasa pada 1 April untuk menambah daya tarikan pelaburan Malaysia.

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Securities Lanjutkan Tempoh Bagi Pekeliling Pemegang Saham

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mendapatkan kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk lanjutan tempoh sehingga 15 April, 2025, bagi mengeluarkan pekeliling pemegang saham mengenai cadangan pelan penyusunan semula Nota Amalan 17 (PN17).

Southern Score Builders Cadang Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE mencadangkan pemindahan penyenaraian serta keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

SME Labuan Ketengahkan Cabaran Utama Kepada Perbadanan Labuan

LABUAN, 27 Mac (Bernama) -- Persatuan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan (SME Labuan) telah meluahkan kebimbangan dihadapi oleh PKS di pulau itu.

MAHB Sedang Muktamadkan Syarikat Ambil Alih Slot Penerbangan Di Subang

Daripada Karina Imran

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.

Sejumlah 79 Peratus PMKS Dijangka Raih Pertumbuhan Hasil Pada 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Laporan Tinjauan Perniagaan PMKS Alliance Bank mendedahkan sebanyak 79 peratus perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dijangka meraih pertumbuhan hasil pada 2025, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan penerapan pendigitalan.

Axiata, Sinar Mas Peroleh Kelulusan Bagi Penggabungan Tiga Syarikat

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Axiata Group Bhd dan Sinar Mas mengumumkan pemegang saham PT XL Axiata Tbk, PT Smartfren Telecom Tbk dan PT Smart Telcom (SmartTel) telah meluluskan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu menjadi XLSMART secara rasmi.

Velesto Cadang Pengurangan Modal RM1.2 Bilion Untuk Perkukuh Kewangan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Velesto Energy Bhd bercadang untuk mengurangkan modal sebanyak RM1.2 bilion bagi mengimbangi sebarang kerugian terkumpul syarikat.