9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia Semiconductor IC Design Park membentuk kerjasama strategik dengan ChipInventor dari Brazil dan Amazon Web Services (AWS) menerusi sokongan Kedutaan Brazil di Malaysia melalui Program Diplomasi Inovasi, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Anak syarikat Area Group, Area Real Estate Advisory Sdn Bhd memeterai perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Perolehan Kerajaan Shenzhen, China untuk bersama-sama mempromosikan projek utama rantau itu bernilai US$20 bilion (AS$1=RM4.42), iaitu inisiatif “Two Countries, Twin Parks”.
9bulan ago
PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Pengeluar produk berasaskan roselle segar, Sorellicious Legacy, beroperasi di Klang, Selangor menyasarkan untuk mengeksport roselle kering ke pasaran Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) telah bertindak mengaktifkan pasukan tindak balas krisis dan kecemasan untuk menggerakkan sumber, termasuk sukarelawan bagi membantu individu dan keluarga terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 7 April (Bernama) -- DHL Supply Chain secara rasmi melancarkan Hab Wilayah Selatan Fasa 1 serentak dengan majlis pecah tanah Fasa 2 di Zon Bebas Bandar Lapangan Terbang Senai di sini hari ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM100 juta.
9bulan ago
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Polis memperketatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tumpuan di sini bagi memastikan kelancaran Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN KE-12 (AFMGM) dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor memberi impak besar terhadap operasi kira-kira 200 kemudahan industri di Lembah Klang melibatkan pelbagai subsektor pembuatan dan saiz syarikat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperuntukkan e-baucar bernilai RM120,000 sebanyak RM500 setiap satu kepada 240 keluarga yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini bagi membolehkan mereka membeli peralatan rumah baharu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) komited memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank-bank Islam di Malaysia komited menawarkan bantuan kewangan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor.