8hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Risiko siber kekal menjadi keutamaan bagi institusi kewangan berikutan ancamannya yang semakin canggih serta memberi kesan terhadap aspek operasi, prestasi kewangan serta reputasi menjelang 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan bagi 2025.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Memperkukuh asas ekonomi dan penampan dasar dalam ketidaktentuan perdagangan global merupakan langkah penting untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan seterusnya, menjamin kesejahteraan rakyat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
8hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat peratus dan lima peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada tahun lepas, dengan daya tahan Malaysia pada peringkat dalam negeri dan struktur eksport yang pelbagai memberikan asas yang kukuh untuk mengharungi rintangan luaran semasa terutamanya daripada konflik di Asia Barat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, dengan peningkatan semula yang sederhana namun kenaikan kekal terhad, kata penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kempen Bulan Bumi Edisi ke 15 IOI Corporation Bhd (IOI) dengan tema "Upcycle 4 Better future" yang berlangsung dalam Mac tahun ini, menceminkan usaha berterusan IOI untuk memupuk budaya kemampanan merentas tenaga kerjanya.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus memantau dengan rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilannya di seluruh negara, di tengah-tengah krisis Asia Barat yang berterusan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin susulan peningkatan permintaan terhadap aset selamat apabila pelabur mengambil peluang membeli logam berharga itu selepas mencatatkan penurunan ketara sepanjang bulan ini di tengah-tengah ketegangan perang yang semakin memuncak.
9hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin dipacu oleh sentimen keyakinan positif susulan persiapan Indonesia untuk melaksanakan program biodiesel B50 tidak lama lagi, kata seorang peniaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Jabatan dan agensi kerajaan, serta syarikat swasta, digesa mewujudkan garis panduan dan dasar mereka sendiri untuk pekerja semasa bekerja dari rumah (BDR) bagi mencegah pelanggaran, kebocoran dan penyalahgunaan data serta maklumat sensitif.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) melalui anak syarikat milik penuhnya EP Moulds and Dies (M) Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn Bhd untuk membeli enam bidang tanah perindustrian pegangan bebas berharga RM35.12 juta.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.